“Verily the most honored of you in the sight of GOD is (he who is) the most righteous of you. And God has full knowledge and is well-acquainted (with all things)”
(Al Hujjurat: 13)
Teringat kala aku dan sahabat berada di bumi matrikulasi, saat –saat manis bila bersama dan bagaimana hikmah kembara mengajar dan mendewasakan fikrah remaja kami. Semusim yang berlalu itu, banyak ilmu yang kami kecapi, dan syukur pada Rob dengan nikmat iman dan aqal yang dipinjamkan. Untuk jangkamasa itu, aku mula mencorak dengan lebih teliti siapa aku dikalangan abid Tuhan. Dan aku mula kenal, belajar dan mengeksplorasi kebolehan dan bakat yang ada. Walau tidak secara keseluruhannya, aku berjaya nampak siapa aku di antara teman-teman dan mereka yang lainnya.
Surah di atas sengaja aku bawa bersama. Surah di antara banyak2 surah yang kena kami hafal untuk mendapat carry mark yang baik dalam pelajaran. Tak teringat pula untuk subjek apa. Namun, berkat hafalan-hafalan itulah, kami berjaya score dalam final. Aku sendiri menggunakan kalam Tuhan dan sabda Rasul al Amin untuk menyokong segala isi jawapan exam yang aku hadapi. (hehe..dapat markah lebih) Lagipun, sekurang-kurangnya itulah masa yang paling sesuai untuk dibawa bersama.
Umum mengetahui, kalam Tuhan itu universal kerna ianya cukup syumul dan indah. Ia bagai penawar dan penyembuh penyakit hati (InsyaAllah, jika kita semua mahu menerima hakiki itu) Untuk ayat di atas, ia menerangkan tentang ciptaan Allah yakni manusia yang diajar untuk berkenal-kenalan (maaf aku hanya ambil ayat terakhir dari keseluruhan ayat tersebut) Lagi? Ayat itu menyatakan bahawa insan terpilih di sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa. SesungguhNya Allah itu lebih tahu segalanya.
Terkadang aku rasa kecil je bila ada yang memuji orang yang aku kenali di sekelilingku (dia puji depan aku) Entahlah, fitrah manusia mungkin untuk merasakan perasaan sedemikian (jealousy) Terdetik juga di hati (tanak ke puji aku?? hehe..) Seketika, aku memujuk hati (itulah kekuatan aku..sifat mengingatkan diri) Aku katakan pada diri, buat apalah nak harap dipuji manusia, nanti kita mungkin hanya akan berpura-pura sendiri hanya untuk mendapat nilai pujian. Bukankah pandangan Allah itu lebih penting?
Manusia yang dipuji manusia, InsyaAllah..dia telah dirahmati untuk mendapat pujian itu dari Nya. Jadi mungkin pujian Allah itu disampaikan melalui manusia (perkara ini aku kurang pasti, mungkin terjadi pada insan2 yang terpilih sahaja) Kedapatan beberapa sahabat yang disenangi oleh manusia lain…bila mereka dipuji, aku nampak yang mereka memangnya layak untuk pujian itu. InsyaAllah aku harapkan mereka telah pun layak untuk menerima pujian dari Allah. Dan aku yang tak dipuji..memang aku belum layak lagi. Ya, hidupku penuh dosa.
Yes, aku suka bila teman ku gembira dan menerima pujian. Aku sekurang-kurangnya telah berada dalam golongan mereka yang baik tabiaatnya. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar apa yang baik dari mereka. Sekurang-kurangnya aku boleh membetulkan kesilapan ku yang telah sekian lama ada. Benarlah bahawa tiap ciptaan Allah itu punya hikmahnya, itupun adalah untuk mereka yang mahu berfikir. Tak mengapalah jika aku tak dipuji asalkan tak dikeji. Tak kisahlah jika aku tak dipuji, kerna aku mungkin akan riak dan bangga diri. Nah! Tuhan itu Maha adil lagi bijaksana. Buat apalah harapkan pujian insan kerana pujian Tuhan lebih hakiki. Aku perlu lihat segalanya dengan hikmah kerana Allah suruh kita semua berfikir. Dan hanya yang mahu berfikir tahu dimana letaknya baik, buruk dan hikmah tiap kejadian Allah. Kasih sayang Allah tidak seperti kasih sayang insan. Insan mungkin ada ‘bias’nya namun Tuhan itu Maha Pengasih. Tuhan, terima kasih kerana menyatakan ini dalam raguku. Tuhan, terima kasih kerana menceritakan ini dalam kisah kehidupanku.
Aku cuma harapkan yang aku selalu berbaik sangka padaNya. Kasih Allah itu adalah segalanya. Buat yang terbaik demi Tuhan bukan demi manusia. Bila ada yang memuji, pulangkan segala pada Tuhan, kerana Dia sebenarnya yang memberi segala kelebihan itu. Bila diri tidak dipuji dan dihargai, jangan sekali terasa hati..kerana kita ada peluang untuk mendapat pujian itu suatu hari nanti, InsyaAllah. Sungguhlah Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Tingkatkan ilmu dan amal, serulah kepada jalan kebaikan. Mantapkan pengetahuan dan ilmu yang baik dan boleh dikongsi bersama. Jadilah muhsinin yang berpegang teguh pada jalan Allah yakni walau di mana saja berada, walau dalam sendirinya..sentiasa beramal dengan kadar sesungguhnya lillahita’ala. Utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia. (Ingin pujian Yang Maha Tinggi atau pujian manusia yang setaraf dengan kita? Fikirkan..)
Untuk kesekian kalinya, aku dan diri ku menyatakan harapan untuk terus menjadi diriku yang hidup berdasar pegangan hakiki. Terus hargai siapa aku dan berubah kepada kehendak fitrah (hidup bertuhan dalam kedamaian) Moga kalam Tuhan dan sabda Rasul terus memayungi kehidupan ini. Tiada apa yang lebih baik selain cinta agung pada yang Hak. Tiada apa yang lebih bererti selain hikmah kembara dan persepsi indah tentang maksud dugaan yang mencabar iman. Tiada apa yang lebih baik dari hidup berteman dan berTuhan. Tiada apa yang lebih baik dari pencarian ke arah yang benar dan mutlak. Tiada apa yang lebih baik dari kemampuan untuk mentafsir dengan panduan iman. Tiada apa yang lebih baik dari sebuah kemampuan utk melihat sesuatu dengan hikmah.
Ya robb, pimpin aku ke arah redhaMu. Aku yang hina lagi berdosa ini memohon baraqah..di sisipan tandus amalan, aku pohon rahmatMu dalam kehidupan yang penuh ranjau jauh. Ameen. Barakallahuliwalakum…salam kasih sayang untuksemua
No comments:
Post a Comment